raya. akan meriahkah tahun ini?

walaupun keluarga aku bukanlah jenis yang rapat gila macam dalam drama kat TV tu, yang manja-manja, yang tarik-tarik hidung si adik, yang share segala rahsia dan update terkini, tapi aku tetap menghargai kehadiran setiap ahli keluarga tiap-tiap kali balik cuti. especially raya.


kalau boleh, aku nak biar semua abang dan kakak-kakak aku menyingle kembali, biar tiap-tiap kali raya pun, semua boleh raya kat rumah tu dengan Ma ngan Ayah. Sama-sama kemas rumah malam tu, pasang pelita, jahit kad raya. jahit kad raya? haha sooo old! dulu kakak nombor 2 tukang gantung kad raya. bila besar sikit, aku amek alih jawatan tu sambil diselia oleh beliau hahah suka woh! semangat raya tu memang terasa bila gantung kad sepanjang tangga tu.


tapi sejak-sejak tinggal aku ngan abang aku je yang single, dah takde dah aktiviti gantung menggantung ni. pasang pelita je yang still on sampai sekarang. tu pun sebab kitorang yang nak main mercun kehkehkeh bukan sebab nak tolong happykan anak-anak buah ponn. aku dah give up tugas jaga anak-anak buah main mercun. patut ayah-ayah mereka yang jaga, aku banyak lagi kerja lain di malam raya. kalau diorang tolong selesaikan kerja-kerja vakum karpet, cuci kipas semua tu ok la. ini tak, si ayah goyang kaki dalam rumah makan ketupat, anak-anak diorang aku yang jaga. main ngan ramai budak-budak centu, ada yang tercucuh tangan sendiri bagai, aaakuuu jugak yang kena. blah la. menyampah aku bila jadi macam tu. rasa tak nak raya. serta-merta. dan tak nak kahwin hahahaha!


humphh, tapi raya tahun ni, aku tak tau jadi macam mana. harap-harap raya tahun ni membawa kesedaran kepada abang aku yang paling aku sayang tu dan membawanya pulang ke rumah dengan penuh keinsafan..kalau abang aku tu takde, siapa yang nak pasang pelita dengan aku. . .


aku tau, orang cakap time will heal. tapi, sampai bila? sampai bila nak berendam air mata tiap-tiap kali ingat dia? betul la research yang aku duk baca sebelum ni - orang lelaki memang lambat matang.

No comments: