perbualan 5 tahun lepas

aku : Macam mana kalau Malaysia tiba-tiba kena serang?
dia : aku akan bertahan ke titisan darah aku yang terakhir. macam ni.

*sambil menunjukkan gaya macam Ultraman sambil memancarkan T-square*

aku : hahaha bodoh la kao! sekali kena tembak je hancur T-square kao. kao ingat kao kecik sangat boleh sorok belakang T-square??
dia : ah mana ada! T-square aku hebat, aku pandai-pandai ah ngelak.
aku : T-square boleh protect kao sorang je. Mak, ayah kao macam mana?

*tiba-tiba terdiam*

aku : kalau aku, aku nak aku mati dulu sebab aku tak sanggup nak tengok mayat mak ayah aku.
dia : ah kao, pengecut. kalao kao mati dulu, siapa nak protect mak ayah kao? siapa nak jaga diorang?


dan hari tu, dia email melalui group studio bagitau yang dia telah kehilangan ibunya. kanser. sedih. tapi paling haru, ayat last dia;


"sekarang baru aku paham kenapa *** cakap dia nak mati dulu sebelum mak ayah dia..."


Dia masih ingat perbualan bodo-bodo tu rupanya. ingatkan lelaki takkan ingat benda-benda macam ni. Dia, sila tabah. Dah setahun lebih dia kehilangan bonda. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas setiap muslim yang telah meninggal dunia.

No comments: