perempuan

2,3 hari ni rasa gembira semacam. sengihhh je manjang. kehkehkeh.


aku rasa betul orang duk cakap yang perempuan memang senang nak jatuh hati. kadang-kadang, dengan hanya mendengar cerita-cerita tentang seseorang dari mulut kawan-kawan, pun dah cukup nak buat manusia kaum ini tercair hatinya.


sebenarnya, aku rasa kebanyakan fasa yang aku alami bukanlah 'jatuh hati' tapi sekadar pengisian masa. macam minda yang takde hala tuju tatkala bukan pada office hour, tiba-tiba ada something untuk difikir dan diangan-angankan. ah pendek kata, jumpa target. hah susah sangat nak sebutnya.


macam kalau manusia lain, fasa ni mungkin di saat-saat awal nak berkenalan. pandang-pandang, korek gosip pasal dia etc. pastu, fasa seterusnya - menjalankan kerja-kerja mengorat.


tapi aku tak. tak pernah. biasa setakat fasa pertama je sebab bagi aku fasa kedua tu hanya bila usia dah cukup untuk berkeluarga, kewangan dah stabil, emosi dah sedia. pendek kata - dah ready nak kahwin.


fasa pertama tu yang best.
tengok jejak pun dah cukup happy, apatah lagi kalau ditegur. walau hanya sebijik 'Hi!' ke, senyum ke. itu kalau kes dunia sebenar laa..


ah apa-apa je ah. yang penting, baik aku nikmati saat-saat best ni wihiii~

No comments: