judging people

macam mana nak buat tah..
asal kawan lamaaa sikit, mesti akan jumpa perangai yang tak best.


macam sekarang ni tengah menyampah dengan member sorang ni. terlampau takleh berdikari pun! sampai tahap menyusahkan aku.. benci aa. selain tak pandai berdikari; yakni tidak yakin diri untuk berkomunikasi dengan orang lain yang akhirnya kena aku yang bercakap on behalf of dia; beliau juga suka bergantung harap pada orang lain iaitu akuuuu-jugak, untuk menyelesaikan masalah-masalah beliau yang akhirnya membawa kepada kesengkekan poket aku. ye, sekarang dah jadi macam ni, memang aku berkira bab minyak kete. sikit-sikit dah aa.


selain itu, beliau juga selalu moody. ah moody! sifat paling pantang dalam kamus pantang larang aku. ada ke aku yang tak bersalah pape, yang tak pernah buat muka kat dia pun tiba-tiba terkena tempias sebab kedai tu takde tomyam? bukan kes tomyam saja lah, banyak lagi contoh lain.


macam mana nak buat ni.
kalau dia ialah bestfriend aku, selamba je aku bukak 'party tupperware'.

No comments: