senyum

hik hik hik
weekend yang buat aku sengih.
padahal bukan apa ponn..


jumaat hari tu, bukak blog, ada komen dari blogger yang aku suka olok-olok tu hahah this is funner than i thought! lebih dari satu komen pulak tu kehkehkeh rasa nak sengih manjang. dan, aku terfikir, pasal one entry tu, dia memang boleh agak ke yang entri tu khusus untuk dia? entri tu sangat general, tapi apa yang membuatkan dia dropped a comment di entri tu, bagi ayat tu? nak berkias cakap aku takde buat salah kat dia ke? nak cover yang dia dah mistakenly interpret my previous comment ke? kehkehkeh what ever it was, hanya dia yang tau.


another thing is, aku dah dapat jawapan kenapa ada budak tu cakap aku macam budak form 1.
kesah satu; sorang budak 4 tahun yang banyak cakap, menggelarkan aku Baby Tua.

"hari tu kan mak, masa Ika pergi rumah Tokma, ada Baby Tua tu cubit pipi Ika"

why baby tua? kenapa tak panggil aku kakak je? hahahaharu sungguh la budak ni. ye, memang aku cubit pipi dia banyak kali sambil ketap gigi sebab geram sangat. pipi dia, mashaAllah - tembam! putih pink pulak tu.. haih comel gile.dan aku tanya why Baby Tua? mak dia cakap sebab muka aku baby-face. wuhhuu bajet kiut sekejap. padahal si Ika tu nak cakap aku gemuk gedempol macam baby kot.



kesah dua; kawan mak aku, kawan kakak aku, cakap aku masih dalam tingkatan.

"yang bongsu ni tingkatan berapa?"
"adik kao ni tingkatan berapa dah?"
dah 7 tahun aku tinggalkan alam sekolah, cik.



maka jelaslah di sini, warga tua, muda mahupun kanak-kanak memang nampak akan ketidakmatangan aku. patut ke aku mengkuruskan badan demi kelihatan matang? ayu-ayu gitieww. pakai mekap sikit.



tapi Baby Tua sounds better kan? hahahah baby tua... ngoi!

No comments: