"rahmat-Ku sentiasa melebihi murka-Ku"

hari Arafah. puasa.
hari ni aku sangat bersyukur.
sebab kembali diingatkan betapa Allah itu Maha Mendengar.


lepas tau aku dah terlambat untuk apply Part 2 di NZ, aku cuba kekalkan composure, buat-buat rilek macam takde pape yang berlaku. cuba mencari ayat-ayat penyedap hati. takpe, aku sedar, orang macam aku memang tak layak untuk dapatkan apa aku nak. aku dah kalih. start masuk u, kebanyakan benda yang aku nak, jarang dapat. nak A design, habuk. sekali je dapat. tu pun A-. nak cemerlang semua subjek lain. habuk. asyik C manjang.

rupanya aku hanyut. aku melupakan Dia. solat 5 kali sehari belum tentu aku betul-betul sedar akan kekuasaan Allah. kalau waktu sekolah solat hajat setiap malam, lidah tak pernah kering dari zikir, tapi keadaan di u jauh berubah. solat sekadar amek nama solat. al-quran? jarang bersentuh. memang aku lah contoh manusia alpa dalam diam.

dan malam tadi, dengan penuh kehinaan, aku kembali menghadapNya seperti mana dalam keadaan aku 5 tahun lepas; penuh rendah diri, penuh khusyuk dan meletakkan sepenuh keyakinan pada kuasaNya. aku curahkan segala perasaan hati, segala kekecewaan yang ditahan sejak Maghrib tadi. aku menangis sehingga sesak nafas, memohon ampun atas kealpaan dan keangkuhan aku terhadapNya. malu. memang malu untuk menadah tangan memohon petunjuk dariNya. tatkala menghadapi kesukaran, baru kao nak ingat tuhan.

dan benarlah, Allah itu tidak pernah mengabaikan permintaan makhlukNya.

tengah hari tadi, abang sulung yang jarang berkomunikasi tu call dan motivate aku untuk terus berjuang mendapatkan tempat walau requirement for admission tak cukup. terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan aku abang yang sentiasa menaikkan semangat aku. Aku tau, dia adalah utusanMu untuk menggerakkan aku, kan?

hasil perbualan singkat, aku dengan penuh harapan call orang yang berkait dan mintak exception untuk certain things. dan Alhamdulillah, rupa-rupanya memang boleh buat macam tu. terima kasih juga Ya Allah kerana mentakdirkan wanita cina yang friendly itu menjawab panggilan aku. dengan kata-kata semangat dari seorang yang boleh dianggap stranger, aku hamburkan segala persoalan-persoalan yang selama ini mematikan langkah aku untuk terus berjuang. DAn sekali lagi, Alhamdulillah wanita cina itu bersemangat untuk tolong aku selesaikan perkara-perkara berkait. Dapat atau tidak offer tu, belakang cerita. Yang penting, aku nak jugak try usahakan admission februari ni.

letak fon, aku rasa bahagia yang tak terungkap. rasa seperti ada cahaya baru yang mengajak masuk ke alam yang sangat indah. aku call mak, antara manusia yang tau setiap titik tolak kesah menyambung Part 2. tapi cerita aku tak sempat habis, air mata mengalir lagi sekali. terlalu gembira kah aku? tak. tapi air mata mengalir bila aku tersedar sesuatu;

"tengok, Allah dah dengar doa Aida" kata mak.

betul. Allah dah tunjukkan jalan dan berikan aku peluang. betapa pantasnya Dia memakbulkan doa hambaNya. hanya aku, hamba yang tak sedar diri yang tak pandai bersyukur dilahir bertuhankan Allah. Allah dah tunjukkan peluang, dan aku akan usahakan semampu mungkin. tiada lagi ragu-ragu. Allah itu sesungguhnya pembuka jalan kepada segala kebuntuan. Alhamdulillah ya Allah.


1 comment:

Anonymous said...

Terima kasih atas informasi menarik