masa depan

Weekend lepas, selesai semuanya. Job hunting dan submit admission form untuk uni-uni di sana. Harap-harap adalah yang nak terima aku. Walau aku tau aku adalah calon last yang diorang patut select. Hai la.. tak yakin sungguh la aku ni. Tapi bak kata Fida Aishah, yakin tu kena ada walau sikit. Baiklah, dengan pertolongan-Nya, aku yakin aku akan dapat.


Aku bersyukur ditemukan agent yang sangat friendly dan baik.
Aku sesat hari tu, tak tau kenapa blank sangat otak, takleh nak kaitkan Bulatan Kewajipan dengan Sunway Pyramid. Nasib la Mr. Michael dan isteri sangat helpful. Kejap-kejap call tanya dah sampai mana. Sanggup pulak stayback semata-mata nak tunggu ketibaan aku. Mr & Mrs. Michael, terima kasih banyak-banyak. Atas nasihat Mr. Michael, aku apply jugak Victoria University.


Dalam hati ni dah tak sabar nak sambung Part 2 kat sana. Dah tak sabar nak asah balik bakat men-design. Tak sabar nak dapatkan Master jugak. Sekali gus. Master + recognized Part 2. Bukan tak nak sambung di Malaysia, tapi terlalu leceh. Kalau ada rezeki di U Malaysia ni, on je. Cuma untuk U sini, kena start apply bulan 7 dan 10 for UPM. Takpe la Aida, kan dah tau semua tarikh-tarikh penting dan langkah-langkah penting semua tu, so standby je lah. Bukan boleh hilang dara pun kalau cuba hahahhaha lucah! Hepp bila pulak pandai cakap kotor ni ha.


Cuma yang merisaukan aku ialah IELTS lah sekarang ni. Macam mana kalau tak lepas 6.5? Nak repeat? RM550 tu. Memang la sah-sah bukan duit aku tapi rasa bersalah habis la kalau tak lulus. Susah ke IELTS ni? Dah lama aku tak gunapakai English aku ni. Writing tu boleh la tahan lagi, tapi speaking? Aku ni jenis nak cakap laju je tapi vocab tak keluar sespontan otak aku nak. Takkan nak masuk kelas dia kot? RM 1500 pulak kat situ. Hish tak boleh. Buku IELTS dia jual macam buku-buku SPM ke ha? Hai la.. kalau kat bilik sewa tu ada internet, aku bukak je youtube tiap-tiap malam.


Mengenai duit, patut ke tak ni nak call abang mintak RM 550? Ke nak mintak mak je. Tapi abang yang cakap apa-apa hal dia support all the way termasuk duit. So..?


Alhamdulillah Allah berikan rezeki yang melimpah-ruah pada abang sulung aku tu. Anak sulung, memang patut stabil kewangan hehe. Cuma kadang-kadang tak tahan anak sulung yang sorang ni;- membebel. Tapi untuk certain things yang kita dah expect kena bebel, tak pulak dia nak berleter. Tak faham betul aku. Punya lah standby jiwa raga untuk dileter bila cerita sesuatu perkara tu kat dia, alih-alih dia tak nak berleter. Support lagi ada lah. Cuma yang paling aku respect mengenai abang sulung ini ialah; dia punya level of confidency dan way of thinking dia_rare habis. Macam, semua yang dia cakap tu, semua nya betul. Tak pernah salah apa yang dia predict, apa yang dia cakap. Cuma sekali dia salah; dia cakap aku takkan diterima bekerja di Mont Kiara hari tu booyah - aku dapat! Hahah tapi aku bodoh, tolak rezeki. Boo kembali untuk aku.


Panjang repekan.
Biasalah, pagi Isnin.

No comments: