rasa bersalah.
bukan niat aku nak end kan perbualan dengan mak. tapi aku rasa sakit hati sangat bila ngenangkan lelaki matang yang masih tak berubah tu. dulu memang kesian, bulan-bulan masukkan duit setakat yang mampu. konon adik yang baik lah . sebab ingatkan dia dah berubah berdasarkan cerita mak. tapi humm.. biasa je. tutur kata masih dikawal emosi yang goyah. aku jadi naik meluat. sakit hati. tak reti ke at least tunjuk terima kasih sebab tak pinggirkan dia? time semua adik beradik lain macam menyampah gila dengan perangai dia, aku sorang yang masih cuba memahami keadaan dia. tapi sebab rasa terguris dia akan kata-kata penyedaran dari aku dulu tu masih terasa, harap maaf. kecewa aku dia tak pernah nak fikir?
air dicincang memang takkan putus.
memang lahiriah perangai dia macam tu nak buat cemano? tapi aku betul-betul berharap dia sedar yang dia salah. stop acting innocent kalau itu memang jalan yang kao pilih. takde sape suruh kao keluar rumah dengan cara tu.
hati.. hati.. tenanglah cepat-cepat. kalau boleh taknak lah panas-panas sama adik beradik sendiri ni. dia pun banyak jasa kat aku. . .
No comments:
Post a Comment