ujian Allah itu tak pernah melebihi batasan keupayaan makhlukNya

sedih.
aku menangis tanpa sedar.

petang tadi, sebelum maghrib, kawan abang yang selama ini banyak tolong abang waktu kesempitan, waktu berjauh hati dengan kami; datang jumpa mak. berat sungguh masalah yang menimpa empunya badan.

bayangkan,
kao anak sulung, lelaki, ayah terlantar sakit di hospital, mak kerja di kedai roti kat kampung, adik-adik belajar setakat SPM & PMR. Hidup seharian ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. kao satu-satunya pencari rezeki tegar untuk seisi rumah. duh.. serius budak ni budak baik.

tapi nasib tak menyebelahi dia.
sudahlah ayah di hospital bertarung nyawa, bini nombor 2 ayah pula curang depan mata si anak. 
si anak pula tahan sabar sudah terlalu lama.
sampai satu tahap, marah si anak tak tertahan, maruah ayah harus dibela.

"orang parangkan dia.."

itu kata-kata empunya badan dalam jujuran air mata.
separah mana 'diparangnya' itu wallahualam.

"pukul 7.30 jap lagi kita kena serah diri kat balai, kita datang ni sebab nak jumpa mak & aidid" memang kebiasaan kawan-kawan abang memanggil 'mak' jugak.

"kita takut lepas ni kita dah tak jumpa mak.."

Ya Allah. ringankanlah beban dia Ya Allah.
air mata aku bergenang lagi.
aku tak pernah tegur sapa pun dengan empunya badan, jauh sekali bertemu mata, tapi cerita dia.. ahh terlalu berat untuk seorang anak dan kawan yang baik seperti dia. .

No comments: