kusut lagi

wait. apa aku nak buat ni? kenapa perasaan nak quit kerja datang lagi?

ok meh sort things out sebelum isnin muncul.
let say aku nak berhenti kerja. alasan? ofis jauh, gaji tak cukup nak tampung kos harian, pastu bos high expectation sangat buat apa pun semua tak kena. atau aku sebenarnya pengecut? mengundur diri sebelum disuruh berhenti?

kalau aku berhenti, aku memang kena start cari kerja betul-betul biar sempat sminggu je menganggur. boleh ke? uish macam tak yakin je.. portfolio kurang memberangsangkan. kiranya, bila ada masa terluang, kena terus print kerja-kerja kat ofis sekarang untuk dijadikan portfolio. ok.

pastu, aci tak kalau bulan Jun aku quit, dan aku terus menganggur sementara sambung belajar bulan 2 kat new zealand or australia? lagi satu problem bila masuk bab belajar ni ialah, loan apa yang aku boleh apply aa? JPA kena umur 25 tahun ke bawah. aku tak sure diorang consider aku as 25 ke 26 tahun depan. tu nak kena email tanya betul-betul dulu. Kalau JPA takde, apa option lain? haih..

lagi, aci tak untuk IELTS, aku nak mintak UPM buat surat pengecualian aa? yang ni nak kena tanya sape aa.. tanya U yang nak apply tu nanti? aih.. mana satu aku nak buat dulu ni..

step untuk sambung belajar:
1. email confirmkan umur untuk JPA
2. check tarikh pendaftaran U yang nak apply.
3. update portfolio
4. email tanya pengecualian IELTS
5. kalau takleh, apply dulu. dapat offer baru buat IELTS.
6. kalau dapat offer, cari loan.

step kerja:
1. hanya mampu berusaha yang terbaik dulu setakat ni..
2. quit dan try PEMANDU yihhaa! berangan la kao..

No comments: