zaman belajar dulu memang sengsara. diasuh supaya biasakan diri dengan tekanan pelbagai submission dalam satu masa yang sama. tapi zaman belajar, apa je yang tak best? ada kawan, ada duit untuk makan minum, itu dah cukup. tak kira stress macam mana pun, kita still manage untuk hantar assignment on time. perfect tak perfect belakang kira. janji hantar.
tapi bila grad, (which is aku bet yang grad uni. tu memang impian setiap budak time darjah 6) kehidupan berubah. berubah ke arah yang lebih tak best berbanding sebelum-sebelum ni. bila dah start keje sendiri, automatically all expenses adalah tanggungjawab diri sendiri. dah takde lagi sesuka hati mintak mak ayah, abang kakak. sape yang tetapkan lumrah ni pun tak tau la. dan disebabkan lumrah ni lah, petang ni, 20hb, aku dah start korek tabung syiling aku. nasib ada baki bulan lepas punye. lepas la buat bayar tol sampai gaji masuk. yang tak lepasnya, minyak kereta. sekarang mati kutu aku duk fikir mana nak dapat duit nak beli minyak ni ha. tu belum masuk kalau tiba-tiba bos suruh buat kerja luar. tu bab duit. bab tekanan kerja? wallahualam . dah namanya kerja dengan orang. unless kao kerja suri rumah untuk suami kao kehkehkeh takde ke orang nak upah aku jadi suri rumah ni....
mengeluh tu tak baik. aku tau. cuma sekarang ni aku betul-betul terfikir ; ni ke gaya hidup yang aku angan-angankan zaman kecik dulu? kalau aku tau macam ni susah hidup after grad, baik aku tak yah sambung belajar after SPM dulu. eloknya habis je SPM, aku bersusah payah bukak bisnes, dan by the time waktu sekarang ni, maybe bisnes aku dah ok dan dah balik modal. kan? tapi sekarang, susah time u pun aku rasa, susah after u pun aku rasa sampai sekarang. haih la dunia, dunia..
betul, jangan compare dengan orang lain yang lebih bernasib baik. tapi memang terdetik jugak walau secho-et yang buat aku rasa "aku tak sepatutnya macam ni. aku dah susah payah belajar, aku pun ada hak untuk menikmati penat lelah aku" kononnya lah. tapi para bos pun fikir macam tu lah kot tu yang sayang sangat nak bagi gaji up sikit kat staff dia..
whatever.
yang pasti, ini kali pertama dalam hidup aku korek tabung dan start menghargai syiling. alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment