Allah Maha Mengetahui

Baru tadi baca senarai overseas universities yang ditarik balik CAA & RIBA. University of Auckland pun ada! Subhanallah. Bayangkan kalau borang permohonan aku tak hilang tengah jalan dan aku dapat offer letter dan aku sambung belajar kat situ? Aku akan rugi banyak benda. Alhamdulillah ya Allah. Engkau menjaga aku agar sentiasa di jalan yang benar dalam mencapai impian aku.

Selalu, aku rasa malu dengan Pencipta aku. Asal kita mintak doa sikit je, berganda dia akan bagi. Malu aku. Mintak banyak, ibadat tak pernah meningkat. Latest yang membuatkan aku terharu dan kagum, Allah seperti dah hentikan pertumbuhan jerawat kat muka aku ni. Lucukan bunyinya? Mintak dengan Allah nak muka licin dari jerawat. Tapi memang betul. Aku dah try macam-macam tapi aku lupa, selagi Allah tak berkehendakkan sesuatu, maka macam tu je lah jadinya. Jadi aku cuba memohon dariNya agar diberi peluang menikmati muka bebas jerawat macam dulu-dulu, dan alhamdulillah. Berkuatkuasa serta-merta. Jerawat baru dah takde. Benda ni betul-betul buatkan aku muhasabah balik. Betapa Allah itu Maha Mendengar. Dia suka bila hambaNya menadah tangan meminta sesuatu dariNya. Alhamdulillah ya Allah kerana menjadikan aku umat Islam. Terima kasih atas segala nikmat yang telah Kau berikan.

No comments: