hari ni aku rindu lagi sama budak-budak studio.

weekend.
tapi aku bangun awal pagi ni.
duk sorang-sorang kat rumah, layan angin pagi kat balkoni.
cahaya matahari pagi memang terbaik.
sangat segar.
matahari + angin macam ni lah yang buat ingat budak-budak studio.

ingat masa first trip ke Cherating dulu.
dia punye excited tu cipan sikit berbanding trip lain, first time kannn..!

kenapa angin + matahari macam ni buat aku rindukan zaman trip?
sebab, dulu kalau trip, nak ke mana-mana mesti awal-awal pagi dah bertolak.
Macam dulu naik bot ke Pangkor Laut semua tu,
ahh sungguh segar - dalam kehijauan alam, angin laut bertiup ke muka, kitorang duk bergurau sesama sendiri, tangkap gambar.. ah best!

kalau masa memang boleh diputarkan,
memang aku nak putar tiap-tiap hari ke zaman trips dulu.
Aku serius ni,
rindu budak studio berlatarbelakangkan trip ke mana-mana tempat sekali pun!
Aku rindu.

No comments: