semua itu ada hikmahnya

february 6, 2011.
maghrib tadi mak dapat call dari kawan abang.

abang kena tangkap polis.

alhamdulillah tiada barang di badan, cuma maybe kencing positif lah kot. harap kali ni betul-betul jadi pengajaran buat dia. hari tu terlepas sebab barang tak jumpa dan kencing negatif. tapi kali ni positif, cuma barang sempat flush dalam toilet. itu semua gerak Allah. andai dia tak sempat flush, hanya tali gantung tempatnya, Nad'uzubillah..

alhamdulillah Ya Allah atas semua yang Engkau rancang.
harapan aku sekeluarga, dengan tertangkapnya secara sah ni, boleh lah bawak dia ke AADK. sebab, apa yang kami mahu hanyalah akidahnya diperbetulkan.. amin.

ni lah darah daging, sedaya upaya mempercayai tiap patah kata-katanya. dan bila jadi macam ni, masih utuh menyokong dan mendoakan yang terbaik. harap abang sedar akan hal ni. hal lama itu senang saja dibuang jauh-jauh andai abang sendiri yang redha akan ketentuanNya.

No comments: