sedih.
hati aku ni macam tak henti-henti rasa sedih. minda asyik terbayang-bayang imej gelap tadi.
dia, who once used to be a protective brother,
dia, who once used to be a talkative son,
dia, who once used to be the one who would scold me for speaking rudely to mom,
dia, who once used to be a highly-spirited man..
dan tadi, melihat dia berada di anjung teratak usang, bergelap kerana TNB pun nak tak nak je baiki letrik kawasan terperosok itu, buat hati jadi sedih yang amat.
aku faham.
bagi dia, no turning back. memang lelaki dilahirkan mempunyai ego tinggi.
tapi sampai bila dia nak hidup macam tu.
aku adik-beradik tak pernah sedetik pun tergelakkan keadaan yang menimpa dia. iya, memang apa yang dia lakukan dulu amat bodoh, tapi itu dulu. ikutkan hati, nak saja aku turun kereta dan peluk dia tadi. rayu dia agar pulang ke rumah dan buat macam biasa.
sedih keadaan persekitaran dia sekarang.
menumpang bangsal kecil milik teman sejati yang tinggi akhlaknya.
aku boleh faham perasaan anak muda macam abang aku.
tiada hiburan yang amat di malam hari.
duit takde, transport takde.
harapkan belas ihsan kawan-kawan untuk sesuap makanan.
cuma bila terlampau terdesak baru dia call mintak hantarkan makanan.
itu pun aku rasa habis tebal dah muka dia.
sedih. kalau abang balik tinggal kat rumah kan senang? boleh makan sama-sama. nak makan apa, semua ada. nak tengok TV pun boleh. internet unlimited. katil king. dinding konkrit cukup sempurna dari ditembusi sang nyamuk. apa yang kurangnya dengan rumah kita?
balik la. semua orang dah ok. ayah? sebut hal ayah, air mata jadi menderu laju. ah tak boleh betul lah bab ayah ni. ayah nampak sangat sugul setiap masa, macam menyesali setiap tindak-tanduk dia yang keras terhadap abang..next time, hingus terlalu lebat.
No comments:
Post a Comment